Mami Jarum
Mami Jarum

Mami Jarum

Mami Jarum merupakan satu lagi filem terbitan Metrowealth Movies Production dan arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen. Filem ini berkisar seorang perempuan menangani masalah jiwa tanpa memikirkan keburukan diri. Filem ini ditayangkan pada hari pertama Aidilfitri tahun 2002.Mami Jarum menjalani penggambaran di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Buat pertama kalinya, ia turut menampilkan bakat lakonan Ezad-Exist yang memegang watak posmen. Selain Ezad, Mami Jarum turut mengetengahkan bakat baru, Azizah Ali.Mami Jarum menggunakan khidmat Indra Che Muda sebagai Pengarah Sinematografi. Hasil kerjanya yang diperakui sebelum ini membolehkan Pemenang anugerah Pengarah Sinematografi Terbaik FFM 1990 (filem `Syakila') ini terus mendapat kepercayaan MMP untuk mengetuai unit teknikal produksi.Filem keempat MMP ini diharap bukan sekadar mewarnai industr filem tempatan, tetapi terserlah penyampaian mesej-mesej positif kepada masyarakat.Tagline:Penyampai cerita cepat dari berita!

Mami Jarum

Bahasa Bahasa Melayu
Pengarah Prof. Madya A. Razak Mohaideen
Penerbit David Teo
Penulis Prof. Madya A. Razak Mohaideen(lakon layar)
Mula ditayangkan 6 Disember 2002
Dibintangi oleh Kartina Aziz
Rita Rudaini
Vanida Imran
Negara  Malaysia